News and Awards
12 February 2019

Harbour City Melaka dibuka suku pertama 2020

MELAKA, 12 Feb (Bernama) -- Projek pembangunan bercampur, Harbour City di Pulau Melaka di sini yang bernilai RM1.2 bilion, dijangka dibuka secara berperingkat bermula suku pertama 2020.

Pengarah Urusan Hatten Group Datuk Colin Tan berkata setakat ini 14 daripada 26 tingkat bangunan berbentuk bahtera itu berjaya disiapkan dengan proses pembinaannya dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan.

Beliau berkata projek tersebut melibatkan pembangunan pusat beli-belah, taman tema Splash World dan tiga blok hotel.

Source from: http://www.bernama.com/bm/ekonomi/news.php?id=1693502