Events
21 July 2017

[Bernama] Pusat Pelancongan Kesihatan 'Satori' Bernilai RM300 Juta Akan Dibangunkan Di Melaka

MELAKA, 21 Julai (Bernama) -- Pusat pelancongan kesihatan, 'Satori- Sanctuary in the City' yang merangkumi pelbagai perkhidmatan penjagaan kesihatan dengan nilai perlaburan kira-kira RM300 juta akan dibangunkan di Banda Hilir, di sini.

Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron berkata projek pembangunan bercampur yang dibangunkan Hatten Land Limited itu dijangka siap sepenuhnya pada 2020 dan dilihat dapat mengembangkan lagi industri pelancongan kesihatan di negeri itu.

Beliau berkata projek yang dibangunkan tanah seluas 0.83 hektar itu akan menempatkan 50 fasiliti penjagaan dan perkhidmatan kesihatan selain pusat beli-belah dan tempat letak kereta.

"Secara purata kira-kira 160,000 pelancong berkunjung ke Melaka dalam tempoh setahun bagi mendapatkan perkhidmatan dan semakan kesihatan di hospital swasta yang terdapat di negeri ini.

"Projek ini dilihat memberi nilai tambah atau pilihan kepada pelancong untuk mendapatkan perkhidmatan atau rawatan kesihatan yang lebih kondusif," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pelancaran projek 'Satori- Sanctuary in the City' di sini, hari ini.....

 

Source from: http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/bu/newsbusiness.php?id=1374714